Perdana Menteri beri jaminan selesai masalah runtuhan di Tasik Kenyir - Utusan Malaysia

Perdana Menteri beri jaminan selesai masalah runtuhan di Tasik Kenyir

ANWAR Ibrahim (dua, kanan) beramah mesra bersama pelajar asnaf yang menerima dermasiswa zakat pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani - Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di UMT, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan masalah runtuhan tebing bukit  yang berlaku berdekatan Tasik Kenyir,  Hulu Terengganu dekat sini secepat mungkin.

Beliau berkata, kejadian runtuhan tersebut yang berlaku pada Februari tahun lalu perlu diutamakan segera kerana melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat serta harta benda penduduk.

“Ada hal yang baru disebut kepada saya (oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) hari ini iaitu tentang masalah di Tasik Kenyir kerana berlaku runtuhan (akibat banjir) dan saya jamin akan menyegerakannya kerana ia soal keselamatan.

“Saya akan bincangkan dan kalau benar ia satu hal mendesak, kita akan segerakan untuk jamin keselamatan di Kenyir dan rakyat Terengganu. 

“Perkara ini akan diberi perhatian segera walaupun Menteri Besar daripada parti lain, tak ada masalah, kerana apa yang berkaitan dengan rakyat, kita kena bersama , itu antara cara kita nak tunjukkan di sini (konsep federalisme) dan kerjasama kerana ia adalah amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa Malaysia Madani Perdana Menteri bersama rakyat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, malam ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun  berkata, kerajaan Pusat juga menambah  peruntukan kepada negeri Terengganu iaitu sebanyak RM410 juta.

Beliau berkata, peruntukan di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KPLB) di Terengganu turut ditambah sebanyak RM100 juta.

“Projek KPLB itu melibatkan kerja-kerja baik pulih rumah, sistem saliran dan perparitan dan bekalan air bersih,” ujarnya.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau  berharap pemimpin di negeri-negeri pembangkang seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan terus memberi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya beri jaminan Insya-Allah saya tak akan mengurangkan pendirian untuk meneruskan kerjasama baik ini.

“Cuma, saya harap rakan-rakan di negeri lain terutama negeri membangkang supaya turut beri kerjasama agar kita dapat lakukan semua yang dirancang dengan cara yang baik.

“Tak bermakna tidak boleh ada teguran, kritikan dan menyanggah cadangan, namun ia berbeza dengan serangan peribadi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya