Perak FC terus dirundung malang - Utusan Malaysia

Perak FC terus dirundung malang

AKSI Seo Seonung (kiri) ketika menentang JDT di Stadium Perak di Ipoh baru-baru sebelum mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sudahlah Perak FC kurang pemain berkualiti, kini skuad Bos Gaurus semakin dirundung malang gara-gara kecederaan pemain.

Terbaru, pemain Oppa Korea, Seo Seonung mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan bermula pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC, Isnin ini.

“Kita tidak tahu tahap kecederaan sebenar tetapi yang pasti Seonung tidak dapat diturunkan dalam beberapa perlawanan terdekat ini, ” kata Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Sehubungan itu, Abdul Azim berkata, Perak FC akan menilai semula keupayaan skuad semasa jendela perpindahan pertengahan musim.

Katanya, pasukan dilihat banyak kekurangan gara-gara banyak kecederaan pemain sehingga menyebabkan jurulatih tidak dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik.

“Pemain utama sedang kembali daripada kecederaan,” katanya

Sementara itu, Abdul Azim memohon maaf kepada penyokong Perak FC berikutan aksi tidak memuaskan ketika menentang Johor Darul Ta’zim baru-baru ini.

Menurutnya, JDT adalah pasukan gergasi dan memiliki skuad yang sangat kuat.

“Walau bagaimanapun kekalahan besar tanpa melawan atau memberikan cabaran adalah tidak boleh diterima para penyokong bola sepak Malaysia.

“Sekali lagi kami menghargai sokongan peminat setia Perak FC yang hadir setiap minggu untuk menyokong The Bos Gaurus. Saya berharap penyokong akan terus memberi sokongan padu kepada pasukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN