Pengiktirafan UEC oleh kerajaan tak relevan lagi

Pengiktirafan UEC oleh kerajaan tak relevan lagi

PENDIRIAN kerajaan tidak mengiktiraf UEC adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengiktirafan kerajaaan terhadap Unified Examination Certificate (UEC) tidak lagi relevan pada masa ini.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berkata, perkara itu tidak lagi menjadi kepentingan kepada komuniti Cina kerana pemegang sijil peperiksaan itu tidak pun akan memilih universiti awam untuk menyambung pengajian masing-masing.

Apatah lagi katanya, universiti-universiti swasta tidak menghalang kemasukan pemegang sijil berkenaan atau mereka boleh mengikuti pengajian peringkat tinggi di luar negara.

“Realistiknya, tak banyak pemengang UEC yang mahu bekerja dengan sektor kerajaan. Jika mereka tidak pergi ke sektor kerajaan, jadi pengiktirafan kerajaan untuk UEC tidak penting langsung.

“Saya sendiri pemegang UEC, saya tak pernah terfikir untuk bekerja dengan sektor kerajaan. Jadi pengiktiran kerajaan terhadap UEC juga tidak relevan bagi saya,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu Dewan Rakyat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Kerajaan Perpaduan tidak mengiktiraf UEC, sama seperti pendirian kerajaan sebelum ini.

Pendirian tersebut adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

UEC merupakan sistem yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Ei Sun berkata, ‘kerja keras’ DAP selama ini untuk kerajaan mengiktraf UEC mungkin penting kepada sebahagian komuniti Cina sahaja.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, kaum itu sudah bijak kerana pertimbangan politik ketika ini adalah progresif Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan dianggotai PKR, DAP yang mendapat sokongan sepenuhnya kaum Cina, begitu juga UMNO walaupun selama ini mereka enggan berbuat demikian.

“Mereka tidak akan menyokong pembangkang kerana adanya Pas yang berteraskan teokrasi yang mana Cina menentangnya.

“Kalau ada pilihan antara Pas dan DAP, walaupun DAP tak mampu mengangkat pengiktirafan UEC, mereka tetap memilih Kerajaan Perpaduan kerana sebelah lagi ada Pas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya