PETALING JAYA: Lembaga Pengampunan perlu mengambil kira empat kes lain yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini bagi memastikan keputusan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dibuat dengan terburu-buru. Ini kerana, jika bekas Perdana Menteri itu diampunkan dan kemudian didapati bersalah dalam kes lain sehingga beliau kembali ke penjara, ia menjadikan pengampunan yang diberikan terlebih dahulu menjadi sia-sia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri…