Penantian 246 nelayan tiga tahun berakhir

Penantian 246 nelayan tiga tahun berakhir

Tuminah Kadi menyampaikan wang ihsan berjumlah RM400 kepada salah seorang nelayan di pejabat Japerun Pantai Kundor, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 246 nelayan di lapan pengkalan dari Pantai Kundor hingga Klebang boleh menarik nafas lega apabila Tanjong Bruas Port membayar wang ihsan keseluruhan berjumlah RM98,400 selepas tiga tahun menunggu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, setiap nelayan menerima RM400 sebagai ganti rugi ekoran pemanjangan jeti yang dikatakan telah menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Tanjong Bruas Port kerana menepati janji mereka untuk membayar wang ihsan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Selama tiga tahun lebih nelayan perjuangkan hak menuntut ganti rugi pemanjangan jeti sejauh 50 meter yang akhirnya tuntutan itu ditunaikan oleh pihak terbabit.

“Walapun bukan pampasan, wang ihsan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban nelayan membuat persediaan menyambut Aidilfitri,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan kepada 246 nelayan di pejabat Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor, Tanjong Kling, semalam.

Tuminah berkata, walaupun pada awalnya nelayan menuntut wang pampasan tetapi selepas berbincang dengan pihak terbabit ia ditukar kepada wang ihsan.

Menurutnya, beliau tidak kisah mengenai perkara tersebut kerana yang penting pihak Tanjong Bruas Port menunaikan janji setelah tiga tahun nelayan menunggu.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN