Pemandu maut lori terhumban dalam laut - Utusan Malaysia

Pemandu maut lori terhumban dalam laut

DUA kren digunakan bagi menaikkan lori yang terjatuh ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Kampung Acheh, Sitiawan hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki ditemukan lemas apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa, Aqil Rasydan Razmi, 20, ditemui di dalam kabin tempat duduk pemandu lori tersebut apabila kenderaan itu berjaya dinaikkan kira-kira pukul 9.45 pagi ini, lebih kurang empat jam selepas kejadian itu dipercayai berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd. Azizi Zakaria, menjelaskan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi mengenai kejadian itu.

“Ia berlaku ketika air pasang menjadikan kedalaman tempat kejadian dianggarkan 15 meter dan sepasukan anggota BBP diketuai saya dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pulau Pangkor bergegas ke situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, maklumat daripada pihak pelabuhan mengesahkan hanya seorang mangsa terlibat dan kapal berdekatan pelabuhan telah ditarik bagi memudahkan operasi penyelamatan.

Jelas beliau, pihaknya menggunakan dua kren untuk menarik lori tersebut ke jeti dan berjaya dilakukan ketika air mulai surut dengan kedalaman antara 10 hingga 11 meter.

Beliau memaklumkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya