Pemandu kren maut motosikal kuasa tinggi rempuh kereta

Pemandu kren maut motosikal kuasa tinggi rempuh kereta

KEADAAN motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kereta di Jalan Indah 4, Taman Sejati Indah di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu kren maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan di Jalan Indah 4, Taman Sejati Indah di sini petang semalam.

Dalam nahas pada pukul 3.50 petang itu, G. Ganthan, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman dan bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 mengikuti beberapa buah kenderaan lain dari arah kawasan kilang Bakar Arang ke Taman Seri Wang.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi dalam masa yang sama sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang pesara tentera bersama isterinya sedang membelok ke kanan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa merempuh bahagian sisi kanan kereta berkenaan sebelum melambung dan terjatuh ke jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Zaidy, motosikal mangsa remuk teruk di bahagian hadapan, manakala kereta milik pesara tentera berusia 74 tahun itu remuk di bahagian sisi kanan.

Tambahnya, pesara tentera yang mengalami luka di bahagian muka dan isterinya berusia 69 tahun yang trauma dengan kejadian itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.