KOTA BHARU: Peningkatan kos sara hidup memaksa seorang warga emas, Nik Mohd. Rosli Jaafar berfikir panjang untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Mana tidaknya, Nik Mohd. Rosl, 63, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) terpaksa menggunakan gajinya sebagai pekerja penyelenggaraan pendingin hawa sebanyak RM500 dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 untuk membayar sewa rumah, elektrik, air dan membeli keperluan harian lain. Menurutnya, walaupun pendapatan…