MH370: Pak Selamat imbau kenangan bersama anak

MH370: Pak Selamat imbau kenangan bersama anak

SELAMAT Omar masih menanti ‘kepulangan’ anak ketiganya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Meskipun sudah sembilan tahun, waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 itu tetap menanti ‘kepulangan’ anak ke sisi keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang bapa, Selamat Omar, 70, mengakui rindunya terhadap, Mohd. Khairul Amri Selamat semakin membuak-buak terutama menjelang Syawal yang kian menjelang.

Menurut beliau, isterinya turut merindui anak ketiga dari empat beradik itu, malah ibu Khairul juga sudah kering air mata.

Kehilangan Mohd. Khairul, seorang jurutera bersama 238 anak kapal serta penumpang pesawat berkenaan kekal misteri tiada keputusan

Menurut Selamat, perwatakan Mohd. Khairul yang manja dengan ibunya masih tergambar di mata.

“Setiap tahun dia akan bercuti panjang seminggu untuk bersama keluarga. Sepanjang cuti dia akan membantu ibunya di dapur dan membuat kuih raya.

“Pada masa itu dia akan meminta ibu membuat lontong kegemarannya. Di malam raya pula dia akan sibuk membakar lemang atau merebus ketupat untuk hidangan tetamu,” katanya  di Felda Bukit Mendi, Bera semalam.

Selamat berkata, anaknya itu juga mesra dengan rakan sekampung dan pergaulan de­ngan mereka seperti biasa walaupun berjawatan jurutera.

Katanya, ‘perpisahan tanpa dirancang’ dengan anak kesayangan itu sungguh berat dan Allah menguji kesabarannya dan isteri menanggung dugaan itu.

Selamat berkata, anaknya itu juga lebih mesra dengan rakan sekampung dan pergaulan dengan mereka seperti biasa walaupun berjawatan jurutera.

Menurutnya, menjadi amalannya setiap Syawal dengan berpakaian lengkap baju Melayu dia akan mencium tangan kami tetapi kini hanya tinggal kenangan.

Katanya, ‘perpisahan tanpa dirancang’ dengan anak kesayangan itu sungguh berat dan Allah menguji kesabarannya dan isteri menanggung dugaan itu.

“Benarlah kata orang bahawa penantian itu satu penyeksaan. Saya dan keluarga sedang melaluinya,” ujarnya

Bagaimanapun Selamat berharap kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berusaha mencari dan merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.

Dia mengakui, setiap kali ada sebarang berita mengenai kehilangan pesawat MH370, sama ada dalam atau di luar negara disiarkan di televisyen serta akhbar, semua ahli keluarga tidak sabar-sabar menantikan sebarang maklumat terkini.

Katanya, debaran dan perasaan mengenai berita kehilangan MH370 yang dirasai pada hari ini masih sama seperti situasi kali pertama ahli keluarganya dimaklumkan mengenai kehilangannya pada Mac 2014.

“Kami masih mengikuti semua perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Saya sekeluarga amat berharap semua misteri terungkai sebelum kami menutup mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN