Menu Rahmah Non Halal yang pertama di Johor - Utusan Malaysia

Menu Rahmah Non Halal yang pertama di Johor

SALAHUDDIN AYUB merasmikan Menu Rahmah Non Halal yang pertama di Jalan Dedap 22, Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Persatuan Peniaga Makanan dan Minuman Taman Johor Jaya menjadi pelopor menawarkan Menu Rahmah Non Halal bagi komuniti bukan Islam di negeri ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ((KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 49 gerai di Food Street Taman Johor Jaya, di sini menyediakan pelbagai Menu Rahmah Non Halal berkenaan.

“Inisiatif Menu Rahmah diperluaskan bagi makanan komuniti bukan beragama Islam di Food Street Taman Johor Jaya dengan 49 kedai menawarkan Menu Rahmah Non Halal seperti makanan laut, kepak ayam, mi sup, burger, lobak putih goreng, manisan dan banyak lagi,” katanya semasa merasmikan Menu Rahmah Non Halal di Jalan Dedap 22, Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Salahuddin berkata, Menu Rahmah bertujuan membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan bermasak pada harga RM5 dan ke bawah. 

“Kerajaan tidak menentukan harga, kaedah pelaksanaan, serta bahan-bahan bagi Menu Rahmah yang ditawarkan, asalkan ia seimbang 

dengan kandungan protein, karbohidrat dan serat berupa sayur-sayuran. 

“KPDN menyeru lebih ramai pemain industri, khususnya restoran dan kedai makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan 

kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.

KPDN juga telah mewujudkan sebuah portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat tentang lokasi premis yang menjual Menu Rahmah dan para peniaga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my

Untuk pertanyaan lanjut, pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan 

Industri Perkhidmatan (SPIP) menerusi hotline 03- 88825881/5905 atau menghantar e-mel kepada [email protected]. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya