PETALING JAYA: Andaian mengatakan Malaysia tersepit antara dua kuasa besar, China dan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Laut China Selatan tidak seharusnya timbul memandangkan negara mengambil langkah betul dalam mematuhi undang-undang antarabangsa bagi mendepani tuntutan perairan berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, konflik tuntutan perairan berkenaan tidak sesekali berlaku jika semua pihak menghormati pendirian Malaysia untuk melakukan sebarang aktiviti selagi tiada tindakan…