MAIPs peruntuk RM3.06 juta baik pulih kediaman di Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs peruntuk RM3.06 juta baik pulih kediaman di Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan bersempena program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Nur Husna Wang Kelian baru-baru ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan sebanyak RM3.06 juta untuk tujuan Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan melalui kariah-kariah masjid seluruh negeri ini sepanjang 2023.

Simbolik sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Nur Husna Wang Kelian baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif MAIPs dalam usaha bagi mempertingkatkan lagi keselesaan golongan sasar selari dengan Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 yang sedang melalui fasa pengukuhannya.

MAIPs sentiasa menyedari akan tanggungjawab dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan melalui pengurusan agihan zakat yang sempurna dan mencapai sasarannya.

Penyerahan tersebut disampaikan oleh baginda kepada pengerusi Masjid Nurul Husna Wang Kelian, ustaz Norhamizi Yaacob yang mewakili 102 Kariah Masjid di seluruh negeri ini.

Pada majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 bagi aktiviti Bahagian Pendidikan JAIPs untuk tujuan pelaksanaan program-program peningkatan kemahiran dan potensi guru serta Pegawai di JAIPs yang diserahkan kepada Najmuddin.

Selesai program tersebut baginda meluangkan masa meninjau sempadan Wang Kelian dan Wang Prachan Thailand dari sebelah Malaysia, Kompleks Arked Niaga Wang Kelian yang sedang dibuat kerja penaiktarafan, Wang Kelian View Point dan juga Pekan Padang Besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya