Mahkamah benar kes Adam Radlan dibicara bersama - Utusan Malaysia

Mahkamah benar kes Adam Radlan dibicara bersama

Mahkamah
ADAM Radlan Adam Muhammad (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi sebutan kes rasuah Jana Wibawa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta yang dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen di sini disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide dan Mohamad Fadhly Mohd. Zamry masing-masing berhubung pertuduhan menerima suapan RM2.1 juta dan RM2 juta.

Sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 29 Mei di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Menurut Mohamad Fadhly, permohonan tersebut dibuat apabila suapan yang didakwa diterima daripada pengarah urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn. Bhd. melibatkan saksi dan satu transaksi yang sama dengan pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Sementara permohonan dibuat Maziah pula melibatkan pertuduhan menerima suapan wang RM2 juta daripada seorang individu bagi membantu syarikat Nepturis Sdn. Bhd.

Kedua-dua pertuduhan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) masing-masing berjumlah RM47.8 juta dan RM141 juta.

Terdahulu, Adam Radlan berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM4.1 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, sementara di Kuala Lumpur, beliau dituduh atas tiga pertuduhan meminta suapan 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek, meminta RM2 juta dan menerima RM500,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya