Mael XPDC meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mael XPDC meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan rock legenda, XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar sekitar pukul 9.30 malam tadi.

Berita duka tersebut disahkan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp.

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam,” katanya.

Difahamkan, Mael sebelum ini mengalami kesukaran bernafas dan semput sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, khabar duka tersebut turut dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.

“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini,” tulisnya.

Terdahulu, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak sekitar Ogos 2019.

Mael mula aktif dalam dunia seni sekitar 1985 dan menganggotai XPDC bersama Izo, Zuar dan Amy sehingga awal 2000.

Mereka berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.