Lewat terima peralatan punca OPV 1 lambat siap - Utusan Malaysia

Lewat terima peralatan punca OPV 1 lambat siap

SAIFUL LIZAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka menerima Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) pada 24 Julai ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, antara punca kelewatan penyerahan kapal itu adalah disebabkan kelewatan Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) Berhad menerima beberapa peralatan utama yang ditempah dari negara luar seperti meriam dari Turki dan peralatan bot dari United Kingdom.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil lawatan mengejut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution ke tapak pembinaan Kapal OPV 1 di THHE, Pulau Indah mendapati, kapal terbabit akan dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihaknya pada 24 Julai depan.

“Melihat kepada pembentangan dan taklimat yang disampaikan THHE kepada rombongan (menteri), saya yakin OPV 1 dapat diserahkan kepada kita pada tarikh yang diberikan.

“Selain itu, kapal OPV 2 dan 3 dijangka diterima penghujung tahun ini dan awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Khas Pagar Laut di perairan Batu Maung, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Agensi Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, bekas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Zubil Mat Som kecewa susulan tiada sebiji pun kapal OPV yang diterima pihaknya sehingga beliau bersara pada 16 Mac lalu.

Mohd. Zubil berkata, mengikut perjanjian awal, dua buah OPV akan diserahkan tahun ini, namun perkembangan baharu menyatakan OPV 1 diserah pada Mac, manakala OPV 2 pula masih menjadi tanda tanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya