Lelaki pecah cermin rumah bekas isteri ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki pecah cermin rumah bekas isteri ditahan

TANGKAP layar video tular seorang lelaki memecah cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah di Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah di sini kelmarin.

Perbuatan lelaki terbabit yang memecahkan cermin menggunakan batang kayu cangkul itu dirakam wanita dipercayai bekas isterinya sebelum rakaman video berdurasi 25 saat itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima kelmarin di mana suspek berusia 46 tahun itu telah ditahan di Taman Ipoh, semalam.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang melakukan perbuatan pencerobohan jenayah dan khianat itu merupakan bekas suami pengadu.

“Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki tersebut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di mahkamah Ipoh hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video itu yang boleh menjejaskan siasatan dan menimbulkan keraguan masyarakat.

“Dengan tertangkapnya suspek, maka kes yang tular dan mendapat perhatian umun ini telah pun diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya