Lelaki cuba bunuh diri selepas cekik isteri hingga maut

Lelaki cuba bunuh diri selepas cekik isteri hingga maut

MOHD. Zaidi Abdullah memeriksa keadaan mangsa yang dipercayai dibunuh suaminya di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas mencekik isteri sehingga maut, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kelar pada lehernya di sebuah bilik sewa di Jalan Pantai hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, pasangan suami isteri itu dipercayai bertengkar sebelum lelaki berusia 30-an itu bertindak mencekik leher isterinya sehingga maut.

Mayat mangsa wanita berusia 20-an itu ditemukan bersama suaminya yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Suami mangsa dipercayai cuba membunuh diri berikutan terdapat kesan kelar pada leher lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut kini masih menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa wanita itu dipercayai dibunuh oleh suaminya kerana terdapat kesan lebam pada leher mangsa dipercayai akibat dicekik. Malah, dahi mangsa juga mempunyai kesan luka.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN