Laman web Jabatan Imigresen digodam dalam bentuk ‘defacement’

Laman web Jabatan Imigresen digodam dalam bentuk ‘defacement’

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan bahawa laman web rasmi mereka telah diserang penggodam dikenali ‘CaptainSmok3r’ awal pagi ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan siber kira-kira pukul 2 pagi itu berbentuk defacement dan telah mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain. 

Kata beliau, walau bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini.

“JIM telah mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian laman web dari akses orang ramai dan melakukan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.

“Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan ini telah mengadakan perbincangan dan kerjasama bersama pihak NACSA dan CyberSecurity bagi membantu JIM untuk tindakan pengukuhan laman web,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, laman web JIM dijangka pulih dan boleh diakses semula oleh orang ramai dalam masa terdekat petang ini.

“Jabatan ini menegaskan bahawa tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN