Lalisa pegang rekod, catat 600 juta tontonan di Youtube lebih satu tahun - Utusan Malaysia

Lalisa pegang rekod, catat 600 juta tontonan di Youtube lebih satu tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anggota kumpulan Blackpink, Lisa mencipta sejarah selepas muzik video lagu Lalisa merekodkan 600 juta jumlah tontonan di Youtube dalam tempoh singkat.

Pencapaian itu membuatkan Guinness World Record mengiktiraf Lisa sebagai penyanyi Kpop wanita pertama yang menggenggam rekod berkenaan.

Menurut portal Allkpop, jumlah tersebut direkodkan selepas lebih satu tahun video muzik berkenaan ditayangkan di platform itu.

Terdahulu, Guinness World Record turut mengiktiraf lagu muzik video Lalisa sebagai muzik video yang paling banyak ditonton di Youtube dalam tempoh 24 jam.

Lalisa merupakan single yang terkandung di dalam album Lalisa yang merupakan album sulung penyanyi Kpop kelahiran Thailand itu. Album tersebut diterbitkan pada tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN