Lagi anggota polis didakwa atas tuduhan bunuh pemandu e-hailing

Lagi anggota polis didakwa atas tuduhan bunuh pemandu e-hailing

TERTUDUH John Kennedy Sanggah (kiri) diiring keluar di Mahkamah Majistret Tawau semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang lagi anggota polis yang juga saksi kes bunuh didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari lalu.

Namun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, John Kennedy Sanggah, 44, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd. Yunus kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret menetapkan 7 Julai ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Tertuduh bersama enam individu lain didakwa membunuh pemandu e-hailing dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, antara 7.30 malam hingga 11.30 malam di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada 8 Februari lalu, tertuduh bersama seorang lagi anggota polis, Usman Lanaga serta seorang awam, Shim Vui Nyen diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan.

Enam individu lagi termasuk lima pegawai dan anggota iaitu Rosdi Rastam, 44, Dennis Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa dengan niat bersama membunuh Nurman Bakaratu.

Atas pertuduhan itu, kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada tarikh sama, 8 Februari, seorang pegawai kanan polis iaitu Datuk Mat Zaki Md Zain,58,turut didakwa bersubahat dengan enam individu itu untuk membunuh pemandu e-hailing berkenaan.

Mahkamah sama turut menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap Mat Zaki yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Majistret Leona Dominic Mojiliu menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap Rosdi, Dennis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan dan Vivien bagi pertuduhan membunuh.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Muhammad Ilmami Ahmad, Low Win Hui dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya