KPM laksana pelbagai program cegah murid hisap rokok, vape

KPM laksana pelbagai program cegah murid hisap rokok, vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape bagi mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, ia dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

“Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, KPM berkata, kementerian turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Program IMFree bagi tujuan sama.

Menurutnya, Program IMFree adalah program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah.

“Program meliputi murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam dilaksanakan di 636 buah sekolah rintis dan akan diperluaskan ke sekolah lain dari semasa ke semasa.

“Program ini bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat,” katanya.

Katanya, program itu bertujuan memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan
melatih murid menjadi agen/pencetus perubahan terhadap bahaya merokok.

Jelasnya lagi, KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

Malah, katanya, KPM sentiasa memberi peringatan kepada JPN, PPD dan sekolah berkaitan Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

“Selain itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah berkesan memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya