Ketua pembantu tadbir, adik ipar direman lima hari kes salah guna kuasa  - Utusan Malaysia

Ketua pembantu tadbir, adik ipar direman lima hari kes salah guna kuasa 

DUA wanita yang disyaki terlibat dalam kes salah guna kuasa dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang ketua pembantu tadbir dan adik iparnya yang juga pemilik sebuah syarikat direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa sejak 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd. Tarmizi Nik Mohd. Shukri yang menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penjawat awam berusia 44 tahun dan adik iparnya, 39 tahun itu ditahan reman sehingga 15 April ini bagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, kedua-dua wanita itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Terengganu antara pukul 1.40 hingga 2.10 petang ketika hadir memberi keterangan, semalam.

Penjawat awam itu disyaki menyalahgunakan jawatan dengan menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan perolehan pembekalan di jabatan Persekutuan terbabit.

Salah laku berkenaan dipercayai berlaku sejak 2019 dengan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan bernilai kira-kira RM30,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya