Kesungguhan Sultan Mizan martabatkan dakwah, syiar Islam dihargai rakyat

Kesungguhan Sultan Mizan martabatkan dakwah, syiar Islam dihargai rakyat

SULTAN Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan rakyat selepas mencemar duli menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesungguhan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap usaha memartabatkan dakwah dan syiar Islam di negeri itu sangat dihargai rakyat jelata.

Pendakwah, Mohd. Zaki Mat Yakim berkata, Terengganu terkenal sebagai negeri yang banyak melahirkan tokoh ulama sejak ratusan tahun dahulu dan menjadi pusat penyebaran Islam terkenal di rantau ini.

Katanya, semua polisi pentadbiran yang diamalkan Sultan Mizan memberi penekanan terhadap usaha dakwah dan terbukti berjaya mengekalkan keunggulan Terengganu sebagai negeri ‘Darul Iman’.

“Jika kita lihat sepanjang Ramadan lalu, semua aktiviti ibadah di masjid dan surau diatur dengan baik untuk umat Islam menyambut bulan mulia itu dan mengimarahkannya mengikut acuan Islam sebenar.

“Banyak masjid di negeri ini menjadi tumpuan orang dari luar Terengganu untuk menghayati kedatangan Ramadan dengan melakukan solat sunat tarawih serta qiamullail kerana suasananya tidak ubah seperti di negara Asia Barat yang lain.

“Malah, baginda sebagai ketua agama Islam di negeri ini sentiasa menyokong apa juga aktiviti dan perancangan positif yang ingin dilakukan anak jati Terengganu dalam memartabatkan Islam di persada dunia,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas dan Timbalan Mudir Madrasah Darul Zahraa, Muhammad Abdullah berkata, baginda mengambil berat situasi semasa umat Islam di Terengganu memandangkan cabaran besar yang dihadapi ummah ketika ini.

Menurutnya, Sultan Mizan juga sering memanfaatkan peluang ketika menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid negeri itu untuk melihat sendiri kehidupan rakyat termasuk di kawasan pedalaman.

“Baginda sering bertanyakan sebarang keperluan atau permasalahan kepada ahli jawatankuasa pengurusan masjid untuk penambahbaikan agar jemaah setempat sentiasa selesa menunaikan ibadah.

“Terbaharu, arahan baginda agar semua penceramah di masjid dan surau seluruh negeri perlu mendapatkan tauliah supaya bebas dari unsur-unsur politik.

“Itu juga antara usaha baginda untuk memastikan tiada perpecahan dalam kalangan umat Islam di Terengganu agar masjid dan surau dapat menyebarkan dakwah dan syiar Islam mengikut ajaran Rasulullah SAW,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya