Kes Zahid lagi ditangguh lagi bagus, beri kelebihan kepada PN - Shahidan - Utusan Malaysia

Kes Zahid lagi ditangguh lagi bagus, beri kelebihan kepada PN – Shahidan

SHAHIDAN Kassim (kanan) pada majlis moreh Ahli Parlimen Arau di Kubang Gajah, Arau, Perlis malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan sehingga beliau tamat menjalankan tugas bagi jawatan itu.

Kata Shahidan, apabila ditangguhkan rakyat akan bertambah marah seterusnya memberi kelebihan dan menguntungkan Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama katanya, sekiranya kes membabitkan Ahmad Zahid masih diteruskan, ia akan memberi imej tidak manis bagi seorang pemimpin negara untuk naik turun mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tersebut.

“Saya dulu jadi orang pertama yang minta agar kes Ahmad Zahid ini ditangguhkan sehingga beliau tamat menjadi Timbalan Perdana Menteri, orang UMNO tak minta pun.

“Sebab tak manis bagi seorang pemimpin negara untuk didakwa di mahkamah,” katanya selepas majlis moreh Ahli Parlimen Arau di Kubang Gajah di sini malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan perbicaraan rasuah Ahmad Zahid yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke bulan Ogos bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, Shahidan berkata, setiap pihak mempunyai hak bagi memohon pengampunan diraja namun keputusan berhubung perkara itu hanya diputuskan oleh Jawatankuasa Pengampunan.

“Mereka berhak untuk minta (pengampunan) tapi akhirnya terpulang kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya