Kemalangan treler-dua motosikal: Saksi diminta tampil - Utusan Malaysia

Kemalangan treler-dua motosikal: Saksi diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak polis meminta saksi kejadian terutama individu yang merakam video serta pemandu treler yang terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 276.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Nilai, Sabtu lalu, supaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, video kejadian berkenaan berdurasi seminit 17 saat yang memaparkan seorang penunggang motosikal hampir dilanggar treler tular di media sosial sejak kelmarin.

“Kedua-dua penunggang motosikal dan saksi kejadian masih belum membuat laporan polis.

“Pihak polis meminta saksi kejadian terutama individu yang merakam video serta pemandu treler yang terlibat supaya menghubungi Pe­gawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Zarina Arifin di talian 013-8238336 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN