'Kau nak menang? Kau menanglah Syamsul, aku kalah' - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

‘Kau nak menang? Kau menanglah Syamsul, aku kalah’ – Puteri Sarah

PUTERI Sarah memberitahu dia berjuang demi hak anak-anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengakui terlalu penat melalui kemelut rumah tangga yang sudah berlanjutan hampir lima tahun, pelakon, Puteri Sarah Liyana rela mengaku kalah terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah meluahkan dirinya sudah tidak tahan untuk meneruskan perbalahan, pergaduhan dan saling berbalas kenyataan dengan Syamsul yang sering memutar-belitkan kenyataan.

Jelasnya, permintaannya hanya mahu diceraikan secara baik serta tidak mahu menuntut satu sen harta daripada suaminya, sekiranya itu yang diinginkan selama ini.

“Kepada Mohd. Syamsul, kau tak nak bagi nafkah aku, suka hati kau. Kau nak menang, kau menanglah, aku kalah.

“Kau jawab di akhirat nanti. Aku hanya mahu keluar daripada perkahwinan toksik ini. Kalau kau nak ambil semua harta, ambillah. Aku tak nak.

“Aku ada kaki dan tangan boleh bekerja sendiri, tetapi hak anak-anak jangan diabaikan,” kongsinya menerusi sebuah video di Instagram, hari ini.

Pada 18 April lalu, Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap Puteri Sarah kerana mendakwa isteri pertamanya itu telah menghantar terma penyelesaian perceraian baharu yang bertentangan dengan syarat dipersetujui sebelum itu, termasuk isu nafkah dan kes terhadap Ira Kazar.

Namun, Puteri Sarah pula menegaskan dia tidak pernah berjanji untuk menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar ketika perbincangan berlangsung sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya