JKSB rai 50 anak yatim dengan persiapan Aidilfitri - Utusan Malaysia

JKSB rai 50 anak yatim dengan persiapan Aidilfitri

FAISAL Shahbudin (tengah) bersama sebahagian daripada 50 penghuni Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang dalam program Shopping Spree JKSB di Bukit Jambul, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai 50 anak-anak yatim dan asnaf daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang teruja selepas diberi peluang membeli-belah pakaian baharu di Mydin Bukit Jambul di sini hari ini menerusi program Shopping Spree anjuran Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).

Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Faisal Shahbudin berkata, program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) berterusan pihaknya dalam membantu mereka yang memerlukan terutama pada Ramadan ini.

”Program Shopping Spree ini telah diadakan buat kali ketiga sejak 2021 bagi membeli kelengkapan dan pakaian raya anak-anak yatim dan asnaf yang dikenal pasti di pusat membeli belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

”JKSB sentiasa prihatin akan kepentingan dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian anak-anak yatim dan asnaf di Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, program CSR yang dijalankan itu bertujuan memastikan anak-anak yatim dan asnaf tidak tercicir dalam meraikan keistimewaan Ramadan serta menyambut Hari Raya Aildilfitri seperti orang lain.

Jelasnya, program itu juga merupakan program CSR JKSB di bawah kategori Sinar Insan yang memberi fokus kepada isu dan usaha yang melibatkan pembangunan komuniti setempat.

”Objektif utama program CSR ini untuk membantu pihak JKM Pulau Pinang dengan menyumbang kelengkapan hari raya kepada pusat-pusat jagaan anak yatim dan asnaf yang memerlukan bagi menyambut Aidilfitri.

”Ini juga termasuk memberikan mereka perhatian dan mencurah kasih sayang kepada mereka terutama ketika hari raya yang bakal tiba,” katanya.

Tambahnya, selepas selesai sesi membeli-belah, anak-anak yatim itu turut dibawa ke Hotel Pen Mutiara, Batu Maung dekat sini bagi majlis berbuka puasa bersama pihak pengurusan JKSB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya