Jakim nafi keluarkan poster tarikh Hari Raya

Jakim nafi keluarkan poster tarikh Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.

Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.

Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban termasuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada hari Jumaat.

Kandungan poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.

Sebelum ini juga, Jakim pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penularan satu tangkap layar yang memaparkan ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ yang dipercayai disiarkan menerusi paparan iklan di sebuah masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya