Jakim mahu masjid, surau periksa kod QR derma, elak salah guna

Jakim mahu masjid, surau periksa kod QR derma, elak salah guna

TANGKAP layar seorang individu menukar kod QR derma tabung masjid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil maklum mengenai isu video tular yang memaparkan seorang lelaki menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid dan surau seperti tular di media sosial ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, sekiranya perbuatan ini benar seperti yang didakwa, pihaknya berpandangan perbuatan seumpama ini amatlah tidak wajar.

Beliau berkata, perkara itu dilihat mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

“JAKIM menyeru semua pihak terutama ahli jawatankuasa masjid atau surau agar dapat sentiasa memantau kod QR masing-masing agar sumbangan atau infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga disaran membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

“Sekiranya berasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid atau surau, oranng ramai disaran membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang lelaki menampal kod QR miliknya sendiri di masjid bagi menggantikan kod QR milik masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.