JAIPs: Wadi Annuar perlu hadir bagi keterangan

JAIPs: Wadi Annuar perlu hadir bagi keterangan

USTAZ WADI ANNUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tetap perlu hadir memberi keterangan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kerana kesnya masih dalam siasatan dan jika gagal berbuat demikian, waran tangkap dikeluarkan.

Difahamkan, Wadi Annuar atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub sepatutnya datang memberi keterangan di JAIPs Isnin lalu namun memohon penangguhan.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, pihaknya turut menerima pertanyaan orang ramai dan media berhubung perkemba­ngan kes tersebut.

“Kami ingin me­negaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan diteruskan pada 2 Mei ini dan tindakan undang-undang termasuk waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya ingkar arahan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pendakwah selebriti itu, disiasat berhubung program Solat Tarawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan Matin di Kampung Abi, Padang Machang, di sini pada 30 Mac lalu.

Wadi Annuar didakwa menghadiri program tersebut tanpa mendapat tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis.

Dalam kejadian sa­ma, JAIPs turut membuat laporan polis setelah penguat kuasanya dihalang penganjur dan orang ramai untuk mengambil keterangan Wadi Annuar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN