Isu tiket penerbangan luar bidang Tribunal Tuntutan Pengguna

Isu tiket penerbangan luar bidang Tribunal Tuntutan Pengguna

PARA pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan bermula hari ini berhubung bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rujuk terus kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) jika berdepan isu aduan harga, pertukaran jadual atau pembatalan penerbangan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, segala isu berkaitan penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, di bawah kementerian itu.

“Kami mengambil maklum aduan Persatuan Pengguna (FOMCA) mengenai perkhidmatan pengangkutan udara terutama berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan.

“Kami ingin memaklumkan kepada semua pengguna perkhidmatan pengangkutan udara bahawa mulai 1 Mac 2016, isu pertikaian berkaitan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan atau merakam semua transaksi dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada Mavcom beserta bahan bukti.

Jelasnya lagi, aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel [email protected] jika berhadapan dengan masalah berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, segala aduan yang diterima KPDN selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya