Isu 'raya awal' dirujuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Isu ‘raya awal’ dirujuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

MOHD. Na'im Mokhtar pada sidang akhbar selepas majlis MoU antara Swcorp dan Jawi di Kementerian KPKT, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu ‘raya awal’ yang kecoh dalam kalangan umat Islam di Malaysia ketika ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Perkara itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, namun tidak mengulas lanjut bilakah mesyuarat bersama jawatankuasa itu akan diadakan.

Mohd Na’im berkata, beliau akan membincangkan isu berkenaan di peringkat jawatankuasa berkenaan bagi mengelak apa yang berlaku pada tahun lalu tidak berulang.

“Seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya umat Islam tidak terkejut.

“Itu hasrat (elak raya terkejut) kita semua. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan pra-matang sebaliknya menyerahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

“Kita tahu bahawa kuasa mengumumkan tarikh hari raya terletak di bawah oleh PMBRR selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ditanya apakah persediaan yang perlu dilakukan umat Islam untuk berdepan sebarang kemungkinan itu, Mohd Na’im berkata, beliau menasihatkan umat Islam supaya bersabar.

“Jadi saya rasa kita kena tunggulah. Di pihak kita, pastinya nak elak benda itu.

“Bagaimanapun, ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’.

“Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan untuk memudahkan rakyat jika situasi itu berlaku kelak,” katanya.

Sebelum ini, Pusat Astronomi Antarabangsa berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari hari Khamis bersamaan 20 April 2023.

Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut.

Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya