Ira Kazar tayang gambar raya tanpa Syamsul - Utusan Malaysia

Ira Kazar tayang gambar raya tanpa Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kedua kepada pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Ira Kazar memuat naik gambar sempena Hari Raya Aidilfitri dengan lengkap mengenakan persalinan hitam.

Menerusi perkongsian di Instagram, madu kepada pelakon, Puteri Sarah itu dilihat memuat naik gambar bersama ahli keluarganya yang lain.

Ira yang jarang memuat naik sebarang perkongsian di media sosial selama ini mencetuskan kontroversi kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang sebelum sah bergelar sebagai isteri kedua kepada Syamsul selepas bernikah di Thailand.

Sehingga hari ini juga, anak kepada pelakon veteran, Kazaruddin Saisi itu belum pernah memuat naik gambar bersama Syamsul.

Ira juga masih berdepan tuntutan saman sivil atas dakwaan mengganggu rumah tangga Puteri Sarah yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya