Ibu disyaki dera bayi 10 bulan ditahan polis

Ibu disyaki dera bayi 10 bulan ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki mendera bayi lelakinya yang berusia 10 bulan sehingga menyebabkan lebam pada beberapa bahagian badan dalam kejadian di Petaling Utama di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar selepas suaminya berusia 20-an menyedari kesan kecederaan itu dan membawa bayi berkenaan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Sebelum kejadian itu, pasangan suami isteri itu dikatakan berselisih faham dan tidak bertegur beberapa hari sebelum suaminya mendapati ada kesan lebam pada anak mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 26 tahun yang tidak bekerja ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 12.28 tengah malam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa difahamkan dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Suspek kini ditahan reman empat hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN