PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Seri Kembangan, Selangor dilanda banjir ekoran hujan lebat, petang ini.
Turut tular gambar dan video menunjukkan beberapa kawasan antaranya Taman Lestari Putra dan Taman Equine yang dinaiki air.
Banjir tersebut turut menyebabkan kawasan di sekitar terutama menghala ke pusat bandar Putra Permai sesak sehingga ada pengguna jalan raya terperangkap kira-kira sejam.
Selain itu, asrama Universiti Putra Malaysia iaitu Kolej Canselor turut terjejas akibat hujan lebat hampir dua jam.
Menurut pengguna Facebook, Haritini Mohd. Isa, ini kejadian banjir pertama berlaku di kawasan tersebut sehingga kesesakan teruk di Seri Kembangan menghala Pasar Borong Selangor.
“Pertama kali banjir, mungkin longkang pecah atau disebabkan kerja pembinaan berhampiran kawasan ini,” ujarnya.- UTUSAN