Pekerja hospital Afrika Selatan ditahan kerana cuba jual uri

Pekerja hospital Afrika Selatan ditahan kerana cuba jual uri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MPUMALANGA: Polis Afrika Selatan menahan seorang pekerja pembersihan hospital selepas ditemui membawa beg berisi uri manusia di wilayah Mpumalanga timur.

Suspek, Rose Mnisi, yang bekerja di wad bersalin, dipercayai cuba mencari pembeli sebelum ditahan dalam rondaan di bandar Lydenburg.

“Ketika dihampiri, wanita itu didapati membawa tisu manusia. Dia mengaku bekerja sebagai pekerja pembersihan di wad bersalin,” kata polis dalam kenyataan.

Suspek dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu atas pertuduhan memiliki tisu manusia secara haram dan dijangka hadir semula bulan depan untuk permohonan ikat jamin.

Polis tidak menyatakan tujuan sebenar uri tersebut, namun dipercayai ia mungkin digunakan untuk amalan tradisional.

Bahagian tubuh itu telah dirampas dan dihantar untuk analisis forensik.

Sesetengah pihak mendakwa pengambilan uri boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu atau mengurangkan kemurungan selepas bersalin, tetapi tiada bukti saintifik menyokong dakwaan itu.

Afrika Selatan sebelum ini merekodkan beberapa kes pembunuhan dan pemotongan anggota tubuh dikaitkan dengan ritual tradisional.

Awal bulan ini, seorang bomoh dari Mozambique turut didakwa di Tshwane selepas memiliki beberapa bahagian tubuh manusia, yang kemudiannya dikaitkan dengan pembunuhan seorang wanita pada 2023.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×