Henti perdebatan, pengampunan diraja hak mutlak Agong - Utusan Malaysia

Henti perdebatan, pengampunan diraja hak mutlak Agong

MOHD. YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Parti-parti politik tidak mempunyai hak untuk memberi sebarang kenyataan secara umum mengenai usaha UMNO mendapatkan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, kuasa memberi pengampunan merupakan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

”Saya lihat sekarang soal memohon pengampunan diraja kepada Najib telah dijadikan satu isu politik oleh parti-parti tertentu dan diperdebat di khalayak ramai, malah ada pula yang berkempen supaya Yang di-Pertuan Agong agar tidak memberi pengampunan kepada Najib.

”Perkara ini tidak wajar diulas kerana kuasa memberi ampun adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, malah Najib juga mempunyai hak sebagai perayu untuk memohon pengampunan ini seperti mana individu lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

UMNO sebelum ini mengesahkan parti itu sedang berusaha mencari tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan rayuan pengampunan terhadap Najib.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu optimis tarikh menghadap tersebut akan diperoleh dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Mohd. Yussof berkata, pengampunan diraja kepada ahli politik bukan perkara baharu di negara ini memandangkan ia adalah salah satu hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kena faham Perlembangaan, biarlah undang-undang negara berjalan mengikut prosesnya yang tersendiri.

”Sebelum ini, ada ahli-ahli politik yang dikurnia pengampunan diraja antaranya bekas Menteri Belia dan Sukan, Allahyarham Datuk Mokhtar Hashim dan bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris, namun situasi ketika itu tidak sekecoh sekarang,” katanya.

Tambahnya, perdebatan yang wujud ketika ini berkaitan isu pengampunan diraja kepada Najib juga dilihat tidak adil kepada bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan kerana beliau berterusan diadili di media massa.

”Soal pengampunan diraja ini sepatutnya dijalankan antara pihak yang merayu dan Yang di-Pertuan Agong sahaja, namun soal Najib ini telah dijadikan modal politik sesetengah pihak dan didebatkan di media.

”Saya amat kesal apabila melihat perkara ini berlaku kerana ia seolah-olah tidak menghormati undang-undang, kedudukan Yang di-Pertuan Agong, dan hak Najib sebagai perayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya