Doktor Kontrak: Kementerian kesihatan akan terus pantau

Doktor Kontrak: Kementerian kesihatan akan terus pantau, perbincangan cadangan jawatan tetap diteruskan

LUKANISMA AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Kesihatan akan memantau dengan teliti keadaan sekiranya terdapat pegawai doktor kerajaan di Sarawak yang berkemungkinnan menyertai rakan sejawatan mereka untuk melancarkan mogok tiga hari dari 3 hingga 5 April sebagai protes terhadap sistem yang tidak adil dan rendah upah.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata beliau tidak dapat mengesahkan sepenuhnya bahawa akan berlaku situasi sedemikian kerana ia adalah peristiwa subjektif.

“Setakat ini, kita melihat tiada sebarang permohonan cuti dari pegawai doktor di Hospital Umum Sarawak (SGH) atau hospital lain di negeri ini.

“Tetapi kita akan terus giat memantau keadaan ini dari masa ke semasa,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang tadi.

Dedahnya baru-baru ini cadangan untuk menyerap kakitangan KKM telah diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu berkenaan jawatan tetap tanpa pencen akan melibatkan semua skim dibawah KKM.

“Sebenarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang giat menjalankan perbincangan berkala bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga sejak duduk di kerusi KKM ini, kita telah mengadakan perjumpaan bersama dan sesi townhall bersama pegawai perubatan pergigian dan farmasi turut dijalankan serta mendapatkan maklum balas daripada pegawai perubatan sendiri, berkenaan permasalahan yang mereka hadapi.

“Dengan ketua-ketua pengarah JPA turut dicadangkan beberapa perkara tentang hala tuju meningkatkan kepakaran dan jumlah doctor pakar dan ketika ini kerajaan telah meluluskan seramai 800 doktor pakar akan disediakan kepada KKM setiap tahun dan juga memang YAB Menteri salah satu cadangan untuk memberi jawatan tetap kepada doctor-doktor kontrak ialah melalui perkhidmatan penjawatan bercarum melalui KWSP.

“Walaupun demikian, kerajaan terikat dengan satu Akta Pencen 1980, justeru itu isu ini perlu dilihat dan meyemak semula adakah satu pindaan perlu dilakukan dan juga ini masih diperingkat perbincangan, dan belum dimuktamadkan.

“Tetapi ini satu progress yang bagus berkenaan membantu mewujudkan penjawatan tetap bagi pegawai perubatan dibawah KKM,” dedahnya.

Untuk rekod, KKM kini sedang giat meneliti cadangan berkenaan secara lebih meluas melibatkan petugas perubatan sektor farmasi dan pergigian, selain menyelesaikan isu kekurangan perjawatan kakitangan perubatan seperti jururawat dan fisioterapi.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya