TEMERLOH: Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah Jengka di sini menyumbang RM27,000 bagi membantu masyarakat Islam Kemboja membina telaga dan keperluan lain di negara itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi gabungan berkenaan, Razak Daud berkata, Tabung Wakaf Telaga Kemboja dibuka di 37 masjid wilayah itu bagi mengumpul dana untuk tujuan infak kepada saudara Islam di negara tersebut. Menurutnya, setakat ini, sumbangan diterima daripada penduduk Felda Jengka 24 adalah RM12,000 dan masing-masing…










