FAMA anjur Program Jualan Syawal Madani

FAMA anjur Program Jualan Syawal Madani

MOHAMMED Taufiq Johari (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar, Ina Zainal sempena Program Jualan Syawal Madani 1444H di Pasar Tani Jalan Petri, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEMBAGA Permasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah mengadakan Program Jualan Syawal Madani 1444H di Pasar Tani Jalan Petri, Sungai Petani, baru-baru ini.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata, program itu diadakan sebagai salah satu usaha memudahkan penduduk tempatan membeli pelbagai barangan keperluan dapur dan lain-lain bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari. Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Zaiton Yahya; Ahli Parlimen Merbok, Mohd. Nazri Abu Hassan dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya