Empat kereta di parkir terbakar

Empat kereta di parkir terbakar

KEADAAN empat kereta yang terbakar di Taman Sri Bahagia, Kajang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras di sini terbakar dalam kejadian, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pagi tadi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian sedang terbakar,” katanya di sini semalam.

Katanya, empat kenderaan yang terbabit adalah masing-masing sebuah Suzuki Swift, Audi QS, Perodua Myvi dan Produa Axia.

“Kereta Audi QS dan Perodua Myvi terbabit dianggarkan terbakar 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi kenderaan masing-masing terbakar 10 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit,” katanya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya