Emma Azman mahu harumkan Malaysia di pentas gusti Jepun

Emma Azman mahu harumkan nama Malaysia di pentas dunia gusti Jepun

EMMAN Azman yang digelar Golden Boy kali ini akan ke pentas Kejohanan New Japan Pro Wrestling (NJPW) mewakili Malaysia buat kali pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman teruja apabila menjadi ahli gusti pertama dari Malaysia bersaing dalam Kejohanan New Japan Pro Wrestling (NJPW) 16 April ini.

Kejohanan yang bakal berlangsung di Melbourne, Australia itu mendapat perhatian dunia di mana ia merupakan entiti sukan gusti yang terbesar dan popular di Jepun selepas WWE.

Dalam kejohanan New Japan TAMASHII, Emman akan menentang ahli gusti dari Australia, Jarvis dalam perlawanan solo, dan ia merupakan kali ketiga Emman bertemu dengan Jarvis.

“Menyertai kejohanan gusti NJPW adalah besar kerana NJPW antara syarikat gusti yang terbesar di belakang WWE. Emman sangat teruja dan Emman bangga menjadi ahli gusti pertama Malaysia menyertai NJPW.

“Ini kali pertama Emman muncul di syarikat wrestling Jepun, jadi Emman nak berikan yang terbaik dan harumkan nama Malaysia di pentas dunia. Doakan Emman,” katanya.

Pada 8 April lalu, Emman muncul menang menentang Jarvis dalam perlawanan MCW Blood In The Water yang berlangsung di Melbourne. Sebelum itu, Emman menentang Jarvis buat kali pertama di pada MCW Ascension Tournament Mei tahun lalu.

Pada 18 Februari lalu pula, Emman mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti ‘New Breed’ yang berlangsung di Kuash TTDI, di ibu negara.

Emman yang digelar Golden Boy, menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri, iaitu KL Gold Running Elbow.

Untuk rekod, pada 26 November 2022, Emman Azman yang berusia 22 tahun menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya