Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’ - Utusan Malaysia

Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’

ABDUL RAHIM MD. DIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua beradik wanita yang merupakan seorang guru dan pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM658,000 dipercayai menjadi mangsa ‘phone scam’ pada Februari lalu.

Kejadian berlaku selepas mangsa berusia 56 dan 62 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa daripada syarikat insurans dan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan maklumat diri mereka disalah guna bagi tujuan jenayah.

“Melalui panggilan telefon berkenaan, suspek memaklumkan kepada dua wanita itu bahawa mereka terlibat dengan penggubahan wang haram dan jenayah dadah.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka akaun bank dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun terbabit dengan alasan mahu menolong menyelesaikan kes itu.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah membaca berita jenayah ‘phone scam’ sebelum mendapati wang di dalam akaun tersebut berkurang RM500,000 dan RM158,000,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.

Abdul Rahim memberitahu, kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada 4 April lalu di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.