Da’i Syed dibebaskan daripada tuduhan rogol - Utusan Malaysia

Da’i Syed dibebaskan daripada tuduhan rogol

Da'i Syed
SYED Shah Iqmal hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini membebaskan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali sebagai Da’i Syed daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, empat tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Rihaida Rafie semalam apabila mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, pada akhir kes pendakwaan.

Sebelum ini, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed, 27 dihadapkan ke mahkamah atas pertuduha merogol seorang wanita dekat dalam bilik sebuah kondominium di Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 1.35 pagi.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 11 September 2019, justeru beliau dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli sementara tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros dan seramai 18 saksi dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2021.

Pada 31 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Da’i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Syed Amirul mengesahkan anak guamnya kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN