Cuckoo lancar kempen Ramadan-Raya lawan lesu

CUCKOO lancar kempen Ramadan-Raya lawan lesu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas bertahun-tahun menonton ratusan filem raya daripada pelbagai jenama, ramai mungkin tertanya-tanya apa lagi yang boleh dinantikan semasa menonton filem-filem ini.

Bagaimana pula dengan penampilan kameo daripada salah seorang pelakon Korea Selatan yang paling terkenal di dunia dalam filem Raya yang berlatar di sebuah kampung Melayu?

Tahun ini, jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO) mengambil pendekatan yang tampil segar untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat menerusi kempen Ramadan-Raya CUCKOO.

Kempen ini yang berpusat pada filem perayaan jenama dengan penampilan kameo artis tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan artis antarabangsa Korea Selatan terkemuka, Lee Minho, dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan CUCKOO sebagai salah satu jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia. Kempen Ramadan-Raya Lawan Lesu Dengan CUCKOO ini juga akan membawa Rakyat Malaysia dalam perjalanan untuk membongkar misteri penduduk kampung yang nampak lesu bagai zombi, mencari penawar, dan memberi inspirasi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier bagi menyambut Raya yang lebih sihat dan ceria menerusi filem dan aktiviti-aktiviti kempen.

“Kempen ini mengambil inspirasi besar daripada pengalaman kami semasa pandemik di mana perayaan bukan sekadar perayaan, tetapi ia juga merupakan peringatan untuk kita kekal sihat supaya dapat berkumpul dan meraikannya bersama orang tersayang. Dengan ini, kami fikir mengapa tidak mencuba sesuatu yang berbeza tapi tampil menarik untuk membawa mesej ini yang juga relevan. Ia bukan sahaja dapat menonjolkan lagi tema jenama #SAMASAMAHealthier kami malah juga dapat mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Cik Queenie Goh.

Pelancaran kempen Ramadan-Raya CUCKOO ini dibuat menerusi tayangan filem Raya CUCKOO yang berjudul “Menyelamatkan Kampung Bersama Bintang Pujaan”.

Kisah filem ini bermula dengan permulaan yang suram, apabila Ayu (Ellyza Azizi) pulang ke kampungnya, Kampung Lesu, dengan berita krisis kekurangan bekalan daging yang akan berlanjutan sehingga tamat Aidilfitri.

Sebaik sahaja tiba di kampung, Ayu berperasan bahawa ada yang tidak kena apabila hampir semua orang disekelilingnya, termasuk ayahnya, Pak Jalil (Aziz M Osman), kelihatan lesu bagai zombi kecuali Nur (Nik Farin) yang kelihatan ‘biasa’. Mengesyaki kekurangan bekalan daging kampung sebagai punca fenomena misteri itu, Ayu terus memulakan misi untuk membongkar misteri kampung dan mencari penawar.

Dengan rentak yang cukup laju dan skrip yang mudah difahami, filem mencengkam yang disulami elemen misteri, penggembaraan, dan pelbagai emosi ini dijangka akan menarik hati penonton apabila mereka menyelami perjalanan Ayu untuk menyelamatkan kampungnya.

cuckoo
CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO) mengambil pendekatan yang tampil segar untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat menerusi kempen Ramadan-Raya CUCKOO.

Dalam filem ini, penonton juga akan dihiburkan dengan watak Samsol Zombie (Aloy Paradoks) yang berperwatakan lucu dan diselamatkan oleh Ejen CUCKOO S.I.H.A.T. (Surveillance & Intervention of Healthier Approach Transformation) di akhir cerita. Apa yang juga menjadi menarik perhatian adalah penampilan kameo Duta Jenama CUCKOO, Lee Minho and Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang turut membantu Ayu dalam perjalanannya.

Selain daripada filem Raya CUCKOO, konsep filem ini juga telah diperluaskan merentasi pelbagai medium, termasuk iklan sosial, digital, TV, papan iklan, lawatan media, aktiviti-aktiviti, kit PR, penempatan radio, dan juga promosi istimewa untuk produk CUCKOO bagi pengalaman jenama yang lebih menyeluruh. Mesej-mesej yang digunakan konsisten sepanjang kempen ini iaitu untuk melawan lesu dengan CUCKOO.

“Elemen-elemen yang dilihat dalam filem perayaan ini berbeza daripada apa yang biasa kami lakukan sebagai jenama bagi menarik minat rakyat Malaysia serta mengukuhkan dan menonjolkan lagi mesej #SAMASAMAHealthier kami. Dalam filem ini, kita boleh melihat orang kampung yang kelihatan lesu bagai zombi sebagai manifestasi kehidupan yang tidak sihat dan bagaimana Ayu menyelamatkan kampungnya dengan melawan lesu dengan CUCKOO. Kisah mencengkam yang dilihat ini mencerminkan semangat berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat di samping menerapkan unsur-unsur yang menyeronokkan, menarik dan tampil segar. Daripada filem, kami juga telah menggunakan konsepnya dan menggabungkan pelbagai elemen taktikal yang berbeza bagi membolehkan kami meningkatkan penglibatan jenama, afiniti jenama (brand affinity) dan daya tarikan jenama,” kata Queenie.

Sempena kempen Ramadan-Raya CUCKOO, CUCKOO juga akan menawarkan tiga tawaran menarik di bawah Promosi Untuk Lawan Lesu yang mampu dimiliki untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia lawan lesu dan memiliki kehidupan yang lebih sihat, termasuk penyewaan:

  • Penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan
  • Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO pada RM120 sebulan
  • Tilam CUCKOO A-Series daripada RM99 sebulan dengan pemberian rangka katil percuma

Sebuah trak bergerak juga telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor yang beraliran trafik tinggi, termasuk diatas jalan raya, pusat beli-belah dan bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan-Raya CUCKOO. Bagi sesiapa yang singgah di trak bergerak ini, mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menebus hadiah percuma dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000 termasuk sebuah Penapis Udara CUCKOO K Model. Aktiviti-aktiviti dan jadual terkini trak bergerak ini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi CUCKOO (@CUCKOOInternational). 

Bagi membantu rakyat Malaysia melawan lesu, CUCKOO juga telah menyediakan dua jenis kit kecemasan eksklusif – Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO dan Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini. Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO yang boleh dimenangi menerusi peraduan media sosial yang akan diadakan, manakala Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini boleh ditebus menerusi cawangan Brandstore dan Brandkiosk tertentu di seluruh Malaysia.

Klik sini untuk menonton filem Raya CUCKOO “Menyelamatkan Kampung Bersama Bintang Pujaan”: https://bit.ly/FilemRayaCUCKOO2023

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya