PETALING JAYA: Sebuah bilik di kuarters pangsapuri Jalan Duta musnah terbakar dalam kejadian petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.28 petang seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.
Jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Hartamas serta jentera bantuan daripada BBP Sentul, BBP Jinjang dan BBP Hang Tuah TUAH dengan kekuatan anggota seramai 30 pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut komander operasi, Rosdi Yussof, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bilik dalam sebuah rumah di tingkat enam.
“Operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive.
“Kebakaran berjaya dikawal pada 7.59 petang. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa.
Ujarnya, punca kejadian masih dalam siasatan pihak forensik.- UTUSAN