Bekas pegawai Najib minta polis siasat Ketua Hakim Negara - Utusan Malaysia

Bekas pegawai Najib minta polis siasat Ketua Hakim Negara

ZAMIL Ibrahim (tengah) hadir bersama beberapa penyokong bekas Perdana Menteri di IPD Dang Wangi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dengan melindungi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Ini susulan tular satu dokumen di media sosial didakwa laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd. Nazlan apabila didapati melanggar Kod Etika Hakim 2009 kerana wujud elemen ‘conflict of interest’ ketika menjadi hakim kes SRC melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Zamil Ibrahim mendakwa, laporan dalam portal itu jelas menunjukkan berlaku pelanggaran etika kehakiman oleh Mohd. Nazlan namun seolah-olah kes tersebut ‘didiamkan’.

Malah katanya, beliau turut menggesa satu tribunal khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu tersebut.

“Kalau betul dokumen itu palsu, kita minta Jabatan Kehakiman atau wakil Ketua Hakim Negara melaporkan kepada pihak polis.

“Namun jika ia benar, maka tindakan perlu diambil terhadap Mohd. Nazlan. Kita minta PDRM serta kerajaan menyiasat perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Terdahulu, Zamil membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan dakwaan salah laku Ketua Hakim Negara.

Beliau hadir pada pukul 2 petang dan selesai membuat laporan kira-kira satu jam kemudian.

Beliau turut menggesa kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi memperjuangkan keadilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya