KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta, sembilan tahun lalu. Azlan, 64, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Isnin lalu, Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga…










