Basikal lajak: Sabitan tak ikut undang-undang - Utusan Malaysia

Basikal lajak: Sabitan tak ikut undang-undang

MAHKAMAH membebas dan melepaskan Sam Ke Ting berhubung kejadian basikal lajak, enam tahun lalu. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hukuman dibuat mahkamah sebelum ini terhadap kerani wanita, Sam Ke Ting berdasarkan pertuduhan cacat sekali gus membawa kepada sabitan tak ikut undang-undang.

Itu hujah pembelaan pasukan peguam Ke Ting yang dikemukakan di Mahkamah Rayuan di sini semalam.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mendapati tiga definisi kesalahan berbeza dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, kesalahan terbabit ialah memandu kenderaan secara melulu atau memandu kenderaan dengan laju atau memandu kenderaan dalam ke­adaan trafik berbahaya.

“Kami mendapati pendakwa raya menggabungkan kesalahan pemanduan melulu dan bahaya, dan ia adalah salah.

“Sepatutnya hanya satu daripada kesalahan itu mengikut undang-undang justeru kami mahu supaya sabitan dan hukuman terhadap anak guam kami diketepikan,” katanya.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadap Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menunggang basikal lajak.

Mahkamah bersidang dengan tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata, pihaknya mahu memberi penekanan terhadap kesilapan dibuat Mahkamah Majistret yang pada masa itu membebaskan tertuduh.

“Mahkamah Rayuan boleh menilai semula bukti dan tengok balik sama ada betul atau tidak. Ada saksi mendakwa remaja itu duduk di tengah jalan juga adalah salah dan kita akan buktikan,” katanya.

Prosiding rayuan di­sambung 11 April ini.

Ke Ting merayu terhadap sa­bitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 kerana memandu secara melulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya