Bantuan khas Aidilfitri tiga badan sukarelawan - Utusan Malaysia

Bantuan khas Aidilfitri tiga badan sukarelawan

Bantuan Aidilfitri
ANJURAN Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani memberi ruang dan peluang kepada Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri menyantuni rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan diperluaskan kepada tiga badan sukarelawan bagi meringankan beban golongan itu.

Ia melibatkan Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu susulan  permohonan dikemukakan semua badan berkenaan.

“Bagi elaun sukarelawan, ada permohonan yang dimasukkan iaitu sukarelawan askar wataniah (Rejimen Askar Wataniah), sukarelawan angkatan tentera (Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT)  dan sukarelawan maritim (Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM). 

“Semuanya akan masuk di bawah bantuan kategori sukarelawan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan dan ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS di sini, petang tadi. 

Terdahulu, Kementerian Kewangan memaklumkan seramai 26,000 akan terlibat bagi bantuan tersebut dengan peruntukan berjumlah RM7.8 juta.

Pada 29 Mac lalu, lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya